 |
|
Tujuan Sukan Malaysia
|
|
Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan
di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis
Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM),
Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports
competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia
yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan
dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama
telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.
 |
|
OBJEKTIF SUKMA |
|
Temasya Sukan Malaysia adalah merupakan sukan yang berprestij, yang
mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah
menggalakkan penglibatan secara total dalam sukan yang dipertandingkan.
Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan
bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam
sukan-sukan yang diberi keutamaan.
Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti
Jurulatih, Pegawai-Pegawai Teknikal dan Pentadbir-Pentadbir Sukan.
Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta
membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri
dan daerah.
Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat
Antarabangsa di masa hadapan.
Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional di kalangan
masyarakat Malaysia.
|