 |
|
Garis Panduan
Sajian SUKMA IX |
|
 |
|
Garis Panduan
Sajian SUKMA IX |
|
Siapa akan diberikan sajian?
Mereka yang terdaftar di bawah Borang GF1, iaitu
- Ketua Kontingen
- Pengurus pasukan
- Jurulatih
- Atlit (termasuk Penjaga)
- 5 orang Pegawai Urusetia dari setiap kontinjen negeri
back
to top
Tarikh Makanan akan dibekalkan?
- Sepanjang kejohanan SUKMA 5 hingga 14 September 2002
- Sekiranya kontingen datang awal/beberapa hari sebelum kejohanan
bermula, sajian akan mula dibekalkan mengikut keperluan.
- Tidak lebih dari 2 hari selepas Pasukan dikeluarkan dari Pertandingan
back
to top
Apa perlu anda lakukan sekiranya
memerlukan sajian di luar tarikh bekalan?
- Maklumkan Jawatankuasa Sajian tentang keperluan anda tidak
lebih dari 24 jam tarikh bekalan diperlukan
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang
Tempahan Sajian Luar Jadual (lampiran 1)
- Sekiranya Sajian diperlukan sebelum 01 September atau selepas
16 September 2002, maka ianya mestilah dengan KEBENARAN
BERTULIS Urusetia SUKMA.
Dalam keadaaan di mana Pasukan berkehendak untuk tinggal melewati
tarikh yang dibenarkan, pihak Urusetia SUKMA mungkin meminta agar
Pasukan membayar sajian yang akan dibekalkan kelak.
back
to top
Masa Sajian
Masa Sajian adalah seperti berikut:
Sarapan Pagi/Kudapan 6.00 pagi hingga 8.00 pagi
Makan Tengahari/Merarau 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Makan Malam/Gabi 6.00 petang hingga 8.00 malam
Minum Malam/Induruk 10. 00 malam hingga 11.30 malam
PERHATIAN: PADA MALAM PEMBUKAAN DAN MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN
IAITU PADA 7 DAN 14 SEPTEMBER 2002, BEKALAN MAKANAN AKAN DIBERIKAN
DALAM BENTUK’PACK FOOD’ SEBELUM KONTINJEN BERTOLAK
KE STADIUM LIKAS UNTUK ACARA PEMBUKAAN DAN ACARA PENUTUPAN. MAKAN
MALAM AKAN DISAJIKAN PADA JAM 10:00 MALAM SEHINGGA 1:00 PAGI.
back
to top
Di mana Sajian akan dibekalkan?
Sajian akan dibekalkan di semua Perkampungan Sukan,
1. Kafetaria A
2. Kafetaria B
3. Kafetaria C
4. Kafetaria D
5. Kafetaria Kurnia Perdana A
6. Kafetaria Kurnia Perdana B
7. Kafetaria Kingfisher Park
8. JPSM, Papar
9. Kompleks Sukan Likas
Sajian juga akan dibekalkan di Tempat pertandingan sekiranya
waktu makan berkaitan jatuh semasa permainan sedang berlangsung
dan pasukan bertanding tidak dapat balik ke Perkampungan masing-masing.
Walau bagaimanapun Sajian cuma akan dihantar ke Tempat Pertandingan
sekiranya Pengurus Pasukan telah membuat permohonan dengan menggunakan
Borang Tempahan Sajian di Tempat Pertandingan (lampiran 2) selewat-lewatnya
24 jam dari tarikh sajian diperlukan
Semua penghantaran makanan akan dihantar oleh Katerer yang dilantik.
Walau bagaimanapun Pengurus Pasukan haruslah mengambil makanan
yang dipesan daripada Katerer
back
to top
Sekiranya Pasukan yang bertanding
memerlukan makanan di Tempat Pertandingan, siapa yang perlu memaklumkan
JK Sajian?
Tanggungjawab ini adalah diserahkan kepada Pengurus Pasukan Permohonan
haruslah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan kepada Jawatankuasa
Sajian dengan menggunakan Borang Tempahan Sajian di
Tempat Pertandingan tidak kurang dari 24 jam dari sajian diperlukan.
back
to top
Pendaftaran/Pembahagian Buku Kupon
Makan
Semasa Pendaftaran Pasukan di Perkampungan masing-masing, JK
Sajian akan menempatkan kaunter di Pusat Pendaftaran. Pengurus
Pasukan akan diminta mengambil Kupon Makanan berserta dengan Risalah
Panduan Sajian SUKMA ke IX.
Setiap Kupon Makanan tersebut mempunyai tarikh dan masa sajian.
Setiap Atlit/pegawai perlu membawa Kupon Makanan mengikut tarikh
dan masa sajian ke Dewan Makan pada setiap kali untuk tujuan pengenalan
dan pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan. Petugas
sajian akan berada di pintu masuk Dewan Makan untuk mengawal keluar
masuk atlit/pegawai.
back
to top
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya
kehilangan Buku Kupon Makan anda?
Laporkan dengan segera kepada pihak Urusetia.Setiap atlit yang
kehilangan Buku Kupon Makanan bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan
Buku Kupon Makanan Gantian dengan bayaran RM 20.00
back
to top
Sajian di Perkampungan
Sajian di perkampungan adalah secara Buffet. Petugas Katerer
yang dilantik akan turut membantu menghidangkan makanan pilihan
anda
back
to top
Menu Sajian
* Menu Sajian adalah tertakluk kepada sebarang perubahan
back
to top
Sajian di Tempat Pertandingan
Sekiranya ada ruang hidangan sajian di Tempat Pertandingan adalah
sama seperti sajian di perkampungan. SeKiranya ruang tidak mengizinkan
maka makanan berkenaan akan dibungkus dan dibahagikan kepada Pengurus
Pasukan yang memerlukan.
Jawatankuasa Sajian akan sentiasa dimaklumkan oleh Urusetia SUKMA
tentang ketibaan dan keberangkatan balik mana-mana pasukan. Sekiranya
ada pasukan dijadualkan balik awal dari tarikh asal maka Jawatankuasa
sajian akan membuat pengurangan bekalan sewajarnya. Pasukan yang
dijadualkan meninggalkan Perkampungan tidak akan disediakan sajian
kecuali ada tempahan awal.
back
to top
Apa yang perlu dibuat selepas makan?
Kerjasama anda adalah diperlukan untuk menyimpan dulang/pinggan
makanan di tempat-tempat yang disediakan. Sekiranya anda makan
di Tempat Pertandingan maka anda adalah diminta membuang bungkusan
dan sisa di tempat yang telah disediakan.
back
to top
Sekiranya anda balik awal dari tarikh
yang dijangkakan?
Kerjasama Atlit adalah diminta mengembalikan Buku Kupon tersebut
kepada pihak urusetia.
PENGURUS PASUKAN ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMASTIKAN SEMUA
BUKU KUPON LEBIHAN
DIKEMBALIKAN KEPADA PIHAK URUSETIA. SEKIRANYA GAGAL CAJ SEBANYAK
RM20.00 SETIAP KAD AKAN DIKENAKAN.
Pertukaran hak milik Buku Kupon kepada orang lain adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
back
to top
Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan
bantuan daripada pihak urusetia sajian ,sila ke Bilik Urusetia
Sajian yang terdapat di Perkampungan anda ataupun berhubung terus
dengan mana-mana pegawai-pegawai tersebut dibawah:
| Nama |
Telefon |
| Puan Noorliza Awang Alip |
019-8022777 |
| Encik Kenny Chan |
016-8807806 |
| Encik Alijus Sipil |
019-8207288 |
| Encik Johnny Teoh |
|
| Encik Spanis Gadua |
013-8798428 |
| Cik Faradillah Abd Rani |
013-8540776 |
| Cik Junainah Abbie |
013-8769271 |
| Cik Dayang Zauyah Ali |
013-8660160 |
| Puan Nora Datuk Zakaria |
019-8019070 |
| Puan Dayangku Haryatie Pengiran Khamis |
019-8115515 |
Kami Sedia Membantu Anda!
back
to top
TERIMA KASIH
SELAMAT MENJAMU SELERA
|