28 Julai 2014
 

 

 
 
     
 
 
  Tempat-tempat Menarik di Sekitar Kota Kinabalu
Pasar Filipina
Bersebelahan dengan Pasar Besar Kota Kinabalu. Pasar ini menjual pelbagai jenis hasil kraftangan serta mutiara dengan harga yang berpatutan.
Pantai Tanjung Aru
Terletak di Tanjung Aru Kota Kinabalu. Pantai ini sering dikunjungi terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya perkelahan dan di sini juga terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak.
Taman Tuanku Abdul Rahman
Taman ini terletak tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu dan hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Ia merupakan gabungan 5 buah pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Sulug dan Pulau Gaya. Taman ini kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna dan sesuai bagi aktiviti “Snorkeling” serta perkelahan.

Taman-taman Sabah
P.O. Box 10626
88806 Sinsuran,
Kota Kinabalu.
Tel: 088-211811
Faks: 088-221001

Taman Tun Fuad Stephen
Taman ini terletak di Bukit Padang Kota Kinabalu di mana kawasan ini dijadikan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti riadah. Bukan itu sahaja, taman ini juga sesuai bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran.
Muzium
Bangunannya adalah berasaskan rekabentuk rumah panjang kaum Murut dan Rungus. Di sini terdapat beberapa galeri pameran, gambar-gambar lama, rekabentuk rumah bagi suku kaum-suku kaum di Sabah dan sebagainya.

Jabatan Muzium Sabah
Jalan Muzium Beg Berkunci 2013
88566 Kota Kinabalu
Tel:088-253119

Masjid Negeri
Masjid Negeri terletak di Sembulan di mana ia menjadi tumpuan bagi masyarakat muslim di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu
Masjid ini baru sahaja siap dibina dan namanya diambil sempena Bandar Kota Kinabalu dinaikkan taraf kepada Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Likas yang berhadapan dengan pantai.
Bangunan Wisma Tun Mustapha
Dahulunya bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah. Ia merupakan bangunan kaca yang mempunyai ciri yang unik iaitu berbentuk bulat dan terdiri daripada 30 tingkat.
Gaya Street
Ia merupakan sebuah tamu dan hanya diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari pagi hingga tengahari. Tamu ini menjual pelbagai jenis barangan. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu.
KPD Tamu Likas
Tamu ini juga dikenali sebagai Pasar Tani. Pelbagai hasil pertanian dan perikanan dijual di sini. Diadakan pada setiap hari Ahad dari pagi hingga tengahari. Ia terletak di Tanjung Lipat, Likas Kota Kinabalu.
Sains Dan Teknologi Dan Galeri SeniLukis
Pusat ini terletak bersebelahan dengan Muzium Negeri. Ia mempamerkan bahan-bahan sains dan teknologi terkini.