|
Monkey Bangkatan (Proboscis Monkey)
antara spesis monyet yang berbadan tegap di samping
pergerakan yang agak pantas. Ia hidup secara berkomuniti
sendiri. Monyet ini dipilih selain daripada keunikan berbentuk
fisikal serta kebolehannya, monyet spesis ini adalah spesis
yang hanya terdapat di Pulau Borneo.
Di Sabah, ianya mendiami kawasan seperti Sukau(Sg. Menanggul,
Kinabatangan), Sg. Segama(Lahad Datu), Klias(Beaufort) dan
beberapa tempat lain dengan populasi yang kecil. Antara
keunikan fizikal yang terdapat dengan spesis ini ialah tubuhnya
yang agak besar, hidungnya lebar dan panjang, ada yang melebihi
dagunya dan juga keadaan ekornya yang agak panjang. Perkara
yang menarik berkenaan monyet ini ialah di sebalik tubuhnya
yang besar, ia juga boleh bergerak dengan pantas dari dahan
ke dahan serta boleh berenang. Maskot ini diberi nama "BAYAU"
iaitu panggilan kebiasaan bagi masyarakat Bajau di Sabah.
|