|
Bulatan besar yang melingkari
object didalamnya melambangkan keutuhan Integrasi Nasional
melalui sukan. Garisan berwarna
biru berbentuk gunung melambangkan Gunung
Kinabalu, mercu tanda Negeri Sabah dan menjadi
kebanggaan Negeri Sabah. Antrara gunung yang tertinggi di
rantau ini yang sentiasa menjadi cabaran kepada pendaki-pendari
baik dari dalam mahupun luar negeri. Garisan ini juga merupakan
sebahagian daripada anggota atas(tangan dan bahu) seorang
atlet yang penuh ketrampilan.
Bulatan berwarna kuning di atas garisan biru
menggambarkan matahari
yang melambangkan sinar harapan untuk terus gemilang terutama
di bidang sukan di alaf baru ini. Bulatan
berwarna kuning ini juga merupakan bahagian atas
kepala seorang atlet yang mempunyai penuh keazaman. Manakala
garisan merah berbentuk 'S'
berwarna merah merupakan huruf pertama bagi perkataan
'SUKMA' dan juga huruf ringkas bagi perkataan Sabah. Di
samping itu, ia juga menggambarkan bahagian badan seorang
atlet yang penuh bertenaga serta semangat juang yang tinggi.
Keseluruhannya, garisan-garisan dan bulatan membentuk lembaga
seorang atlet yang sedang beraksi manakala warna-warna
garisan dan bulatan adalah warna Jalur Gemilang kebanggaan
rakyat Malaysia.
|