 |
|
Senarai Kediaman |
|
| No. |
Kediaman |
Alamat |
Penghuni |
| 1 |
Kolej Kurnia Perdana
|
Kolej Kurnia Perdana
Universiti Malaysia Sabah Batu 3, Jalan Tuaran
88450 Kota Kinabalu Sabah |
Olahraga, Golf,
Tenpin Boling, Optimis, Bola Keranjang, Akuatik
(Renang & Terjun). Termasuk Optimist(Sabah),
Golf(Sabah), Bola Keranjang(Sabah), Tenpin Boling(Sabah) |
| 2 |
Kolej A |
Universiti Malaysia
Sabah
Kota Kinabalu Sabah |
Angkat Berat, Tenis,
Silat, Taekwando, Skuasy. Termasuk Silat(Sabah) |
| 3 |
Kolej B |
Universiti Malaysia
Sabah
Kota Kinabalu Sabah |
Bola Sepak, Lawan
Pedang, Berbasikal (Lumba Basikal & Basikal
Bukit), Memanah. Termasuk Bola Sepak(Sabah) |
| 4 |
Kolej C |
Universiti Malaysia
Sabah
Kota Kinabalu Sabah |
Hoki, Karate |
| 5 |
Kolej D |
Universiti Malaysia
Sabah
Kota Kinabalu Sabah |
Menembak, Tinju,
Badminton, Ping Pong, Gimnastik (Artistik &
Gimrama). Termasuk Menembak(Sabah), Ping Pong(Sabah) |
| 6 |
Kolej Kingfisher |
Kolej Kingfisher Universiti
Malaysia Sabah Lorong Raja Udang Bag Berkunci
2073 88999 Kota Kinabalu Sabah |
Bola Jaring, Wushu, Boling
Padang, Judo. Termasuk Bola Jaring(Sabah) |
| 7 |
JPSM |
BEG BERKUNCI 5 JLN PANTAI MANIS
89609 PAPAR |
ATLIT DAN PEGAWAI SEPAK TAKRAW |
| 8 |
Asrama Komplex Sukan Likas
|
Asrama Komplex Sukan Likas
|
Atlit dan Pegawai Kontingen
Negri Sabah Sahaja |
|
|
 |
|
Perkampungan Sukan |
|
Universiti
Malaysia Sabah akan menjadi perkampungan utama SUKMA IX, 2002
di mana para Pengurus, Jurulatih dan Atlit akan ditempatkan. Beberapa
penginapan di luar kampus-kampus juga akan menjadi perkampungan
iaitu Maktab Perguruan Gaya, Kolej Komuniti Yayasan Sabah, S.M.
Teknik Likas dan Kompleks Tabung Haji Sembulan, Kota Kinabalu.
Setakat ini kemudahan penginapan
untuk Kontinjen SUKMA Ke IX, 2002 di Sabah adalah mencukupi untuk
menampung seramai 7,238 orang di Universiti Malaysia Sabah.
Pihak pengelola juga telah mengenalpasti beberapa penginapan di
luar kawalan Universiti Malaysia Sabah untuk Kontinjen SUKMA IX,
2002 Sabah yang berjumlah 2,176 orang.
Ini bermakna setakat ini sejumlah 9,414 katil tersedia untuk kegunaan
SUKMA IX, 2002 Sabah.
Persembahan Kesenian pada waktu malam akan diadakan. Ini adalah
untuk memeriahkan lagi suasana di perkampungan.
 |
|
Polisi dan Peraturan
Penginapan di Kolej Kediaman UMS (Bagi Atlit-Atlit Kontinjen
SUKMA IX) |
|
1.0 PROSEDUR PENDAFTARAN MASUK DAN KELUAR ASRAMA
1.1 Pengurus Pasukan atau seorang wakilnya hendaklah mendaftar
masukkan ahli pasukannya di tempat pendaftaran yang ditetapkan.
1.2 Penetapan bilik untuk setiap athlit adalah ditentukan sendiri
oleh pegawai pendaftaran kolej kediaman. Penghuni setiap bilik
tidak dibenarkan menukar bilik tanpa kebenaran pegawai pendaftaran
kolej. Pihak Kolej/universiti tidak akan bertanggungjawab dengan
apa-apa kejadian yang tidak diingini berhubung dengan pertukaran
tanpa kebenaran tersebut.
1.3 Setiap pasukan secara prinsipnya adalah dibenarkan mendaftar
masuk ke Kolej Kediaman 2 hari sebelum bermulanya pertandingan
bagi Pasukan itu dan dikehendaki mendaftar keluar (check out)
2 hari selepas tamat pertandingan terakhir pasukannya. Kebenaran
tinggal lebih lama dari tempoh tersebut akan diberikan hanya apabila
mendapat pengesahan/perakuan daripada urusetia induk SUKMA IX.
2.0 PERATURAN ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN
2.1 Bilik-bilik hendaklah dibersihkan sendiri oleh penghuni setiap
hari
2.2 Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bahagian bangunan
dan barang Universiti akan dikenakan tindakan dan mereka juga
diminta membayar balik kos pembaikan dan penggantian.
2.3 Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau
sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding bilik/rumah atau
memaku sebarang jenis tampalan yang boleh merosakkan dinding/cermin
dengan pin, paku, gam dan kertas tampalan.
2.4 Penghuni tidak boleh menghalang atau menahan seseorang Pegawai
Pentadbiran Kolej atau wakilnya daripada memasuki dan membuat
pemeriksaan di bilik berkenaan.
2.5 Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah atau benda yang
tidak mudah hancur seperti plastik, tuala wanita dan lain-lain
ke dalam tandas atau saluran air atau parit (longkang).
2.6 Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata
tempat. Semua sisa-sisa makanan hendaklah dimasukkan dalam plastik
dan dibuang ke dalam bakul sampah. Penghuni mestilah memasukkan
sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
2.7 Penghuni DILARANG MEROKOK di dalam bilik kediaman dan kawasan
asrama/kolej.
2.8 Penghuni tidak dibenarkan membawa masuk, memiliki. menggunakan
apa-apa bahan lucah, racun, dadah dan minuman keras di asrama.
2.9 Penghuni tidak dibenarkan berjudi dan minum arak.
2.10 Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain
suis apabila tidak berada di dalam bilik untuk mengelakkan pembaziran
dan kebakaran.
2.11 Penghuni lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan yang dikhaskan
untuk penghuni wanita dan juga sebaliknya (kecuali Pentadbiran
Kolej dan wakilnya yang bertugas).
2.12 Semua ruang kemudahan hendaklah digunakan dengan cermat
oleh penghuni.
2.13 Penghuni tidak dibenarkan menyimpan/membawa/memiliki bahan-bahan
yang mudah terbakar seperti minyak petrol dan bahan kimia di dalam
bilik. Penghuni juga dilarang menyimpan alat/perkakas yang tajam
seperti kerambit/pedang dan lain-lain.
2.14 Kenderaan hendaklah diletakkan di ruang/petak yang telah
dibenarkan.
2.15 Penghuni dilarang meletakkan kenderaan di mana-mana tempat
yang membahayakan, menghalang atau menyusahkan orang atau kenderaan
lain.
2.16 Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni yang pertama sekali
melihatnya hendaklah membunyikan lonceng kecemasan dan memberitahu
Pegawai yang bertugas atau Pejabat Kolej berdekatan DENGAN SEGERA.
2.17 Setiap penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan tenang
dan berkumpul di satu tempat yang dikhaskan.
3.0 PERHATIAN
Semua penghuni asrama diarah mematuhi semua peraturan di atas
demi menjaga ketenteraman dan kebersihan di Kolej Kediaman.
Baca Majalah Gemilang Untuk Mendapatkan
Maklumat Lanjut Mengenai Perkampungan Sukan Ini
|