|
Bentuk Matahari, Gunung Kinabalu,
bentuk S dan 9 helai
daun dapat kita lihat dalam imej korporat yang
dipilih. Matahari yang
terdapat dalam imej korporat adalah untuk menyatakan bahawa
Negeri Sabah ialah negeri di Malaysia yang pertama menerima
pancaran matahari. Sekaligus menunjukkan semangat kesukanan
yang sentiasa membara dalam diri rakyat negeri Sabah. Manakala
Gunung Kinabalu pula merupakan
puncak yang tertinggi di Malaysia. Ianya merupakan identiti
Negeri Sabah yang terkenal di Persada Antarabangsa. Lengkungan
yang berbentuk 'S' membawa maksud "SUKMA"
dan "SABAH".
Sabah sememangnya kaya dengan flora dan fauna, oleh yang
demikian bentuk "9 helai daun"
melambangkan Sukan Malaysia, 2002, Sabah adalah merupakan
temasya SUKMA yang ke-9.
|