| Diterbitkan oleh : Jabatan
Penerangan Malaysia, Sabah
Teks dan Foto : Volintine Jiloh

Hishamuddin ( tiga dari kanan
) mendengar taklimat ringkas mengenai Pusat Media
SUKMA oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Penerangan,
Sabah Encik Almain Ajirul ( dua dari kanan )
SUKMA : Menteri Belia dan Sukan
Malaysia, Datuk Hishamuddin Tun Hussin mengadakan
lawatan ke Pusat Perdagangan Sabah yang menempatkan
Jawatankuasa ICT, Pusat Media, RTM dan Urusetia
SUKMA-IX (7/9/02)
Beliau mengambil masa lebih kurang sejam melawat
ke kawasan-kawasan tersebut sebelum mengadakan sidang
akhbarnya di Pusat Media. Dalam ucapannya beliau
berkata, persiapan Sabah merupakan yang terbaik
dalam penganjuran SUKMA kerana Sabah melihat penganjuran
temasnya ini adalah penting untuk memberi pengalaman
kepada negeri-negeri yang akan menjadi tuan rumah
pada masa akan datang.

Kita Boleh..... Hishamuddin mengetuai laungan "Kita
Boleh" semasa melawat urusetia SUKMA
Menurutnya lagi, kerjasama kerajaan negeri dan
persekutuan telah dapat melicinkan persiapan SUKMA
dengan penyertaan 3,000 orang sukarelawan.
"Kita dapat melihat idea baru dimana terdapatnya
Sekolah-sekolah dan Jabatan-jabatan Angkat serta
perkampungan SUKMA yang telah menyediakan penginapan
yang selesa kepada Pegawai dan Para Atlit. Di samping
itu yang lebih penting lagi, Sabah telah dapat menyediakan
sistem ICT yang lebih baik daripada sukan SEA"
kata beliau.

Hishamuddin ( dua dari kiri ) beramah mesra
dengan Anggota Keselamatan yang turut serta memainkan
peranan dalam melicinkan pergerakan Kontijen ke
Venue-venue

Sabah terus kekal di tangga teratas
dengan mengutip 7 emas, 11 perak dan 11 gangsa dengan
kutipan 105 mata, diikuti oleh Pulau Pinang 100
mata dan Selangor 100 mata. Hishamuddin dan Yahya
menyemak kedudukan pingat pagi tadi.
|