6 Januari 2009
 

 

 
     
 
  Sumbangan


TERIMA KASIH... Datuk Yahya menerima replika kunci Proton Waja yang disampaikan oleh Datuk Jaswant Singh Kler.



KOTA KINABALU (06 SEPT):
Menteri Kebudayaan Belia & Sukan Sabah, Datuk Yahya Hussin petang tadi (6.9.02) menerima sebuah kereta Proton Waja 1.6 sumbangan oleh TSH Resources Bhd., disampaikan oleh Pengarah Syarikat berkenaan, Datuk Jaswant Singh Kler pada satu majlis ringkas di Pusat Perdagangan Sabah di Likas.

Kereta tersebut merupakan hadiah kepada penonton bertuah yang hadir pada majlis penutupan SUKMA IX 2002, di mana penganjur telah menyediakan pelbagai hadiah menarik semasa perasmian pembukaan dan penutupan sukan berkenaan di Stadium Kompleks Kota Kinabalu melalui cabutan nombor bertuah dimana tiket akan diedarkan kepada orng ramai semasa majlis berlangsung melalui pintu masuk Stadium.

Gambar dan teks sumbangan daripada Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Sabah

<< mukasurat sebelumnya