KOTA KINABALU: Kontraktor utama, Demirama Sdn Bhd telah
mengotakan janjinya dalam memastikan venue-venue Sukan
Malaysia (Sukma) di sekitar Kompleks Sukan Likas siap
pada masanya menjelang temasya sukan dwi tahunan itu awal
September nanti.
Sejak kontraktor itu menggiatkan kerja pada Julai tahun
lalu, selepas kerja-kerja awal terganggu selama beberapa
bulan (akibat masalah teknikal), ubah suai, menaik taraf
dan kerja-kerja pembinaan dijalankan bersungguh-sungguh
semata-mata untuk menepati tarikh akhir - akhir Julai
tahun ini.
Pengarah Urusan Andrew Sim dalam satu temubual dengan
Sukan New Sabah Times kelmarin, mengulangi jaminannya
sebelum ini kepada Ketua Menteri Datuk Chong Kah Kiat,
Menteri Kewangan Datuk Musa Aman dan Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan Datuk Yahya Hussin yang dia yakin dengan
perkembangan kerja ketika ini yang berada lebih depan
dari yang dijadualkan.
Dia sekali lagi dengan yakin memberikan janjinya kelmarin
yang venue utama seperti kawasan tempat duduk sayap barat
Stadium Likas, kolam renang/terjunan yang tertutup, lapangan
boling padang (dengan lampu limpah dan rumah kelab), dewan
pelbagai guna, gimnasium dan tiga buah padang bola sepak
semuanya dijangka siap tepat pada masanya.
Dengan mengumuman terbaru oleh Musa yang kerajaan akan
memberikan bantuan yang diperlukan kepada kontraktor dalam
mendapatkan lebih banyak tenaga kerja untuk mempercepatkan
kerja, sehingga hari ini, ia telah meningkatkan tenaga
kerja dari 450 kepada 700, yang mana disahkan oleh Andrew
sendiri.
"Dengan adanya pekerja-pekerja tambahan di semua
venue dan bekerja lebih lama (lebih masa) sehingga lewat
malam sehinggakan waktu subuh, kami yakin semua venue
akan siap sepenuhnya sebelum masanya, iaitu selewat-lewatnya
pada akhir Julai," katanya.
"Selain masalah-masalah teknikal yang biasa selain
musim hujan tahun lalu serta penangkapan ramai pekerja
asing kami pada Ops Nyah II baru-baru ini, kami dapat
meneruskan kerja tanpa berhenti, walaupun berdepan beberapa
masalah kecil, kami tidak pernah melupakan janji kami
kepada kerajaan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
kerajaan selain sub-kontraktor kami yang bekerja keras
serta dari semua bahagian, saya yakin dan percaya semua
yang amat perlu dilakukan telah dilaksanakan dengan baik."
Menjawab satu soalan, Andrew menjelaskan, teres tempat
duduk sayap barat (yang dikurangkan secara drastik kerana
keputusan pemotongan perbelanjaan), kini sedang dilakukan
kerja-kerja mengecat dan sentuhan akhir kepada tandas.
Memandu melepasi Stadium Likas hari ini, anda boleh melihat
bahagian sayap barat kini semakin siap, dimana ia akan
menjadi sebahagian daripada 30,000 tempat duduk teres
di venue utama untuk upacara pembukaan dan penutupan besar-besaran
selain kesemua 44 acara trek dan padang sepanjang Sukma
nanti.
Merujuk kepada satu lagi venue utama, yang dibawah ubah
suai dan membaik pulih - kolam renang dan kolam terjunan
juga dijakankan dengan cepat dengan kontraktor itu mendapatkan
pakar untuk memasang atap Pol-Carbonated, yang mana untuk
mengekalkan suhu air di kolam-kolam tersebut.
Andrew menambah, pakar-pakar tersebut kini sedang menjalankan
kerja-kerja pemasangan selepas mereka telah menyiapkan
bangunan utama, dan ia dijangka siap juga pada akhir Julai
ini.
Menurutnya lagi, kesemua tiga padang bola sepak juga tampak
baik, dimana mereka telah membeli tiga sistem perenjis
air untuk membantu dan mempercepatkan pembiakan rumput
untuk membolehkan padang tersebut siap dan matang menjelang
masanya.
Dalam dewan pelbagai guna yang akan menjadi tuan rumah
beberapa acara sukan pada Sukma, kerja-keraja memasang
lantai juga sedang dijalankan dengan baik, manakala siling,
penyaman udara utama dan sistem elektrikal juga sedang
diberi perhatian sekarang.
Mengenai lapangan boling padang baru yang memiliki rumah
kelab dan lampu limpah, yang mana mengalami beberapa masalah
sebelum ini, kini berada di hadapan dari jadual, manakala
kerja- kerja ubah suai padang lama juga sedang dilakukan
ketika ini dengan kedua-dua padang dijangka siap sepenuhnya
menjelang Jun ini.
12 gelanggang tenis dan gelanggang pertandingan utama
dengan tempat duduk utama dan lampu limpah, gelanggang
bola keranjang dengan lampu limpah, lapangan memanah (dengan
rumah kelab) dan lampu limpah kepada padang hoki desoturf
yang ada juga akan siap tidak lama lagi.
SEGALANYA DALAM KEADAAN BAIK.....Andrew Sim yakin dapat
menepati tarikh akhir Julai ini.
IMBAS KEMBALI...Musa dan Yahya mengadakan lawatan ke
semua venue. Kelihatan Andrew di kiri sekali ketika lawatan
ke kolam renang baru-baru ini.