6 Januari 2009
 

 

 
     
 
  Usaha Lembaga Sukan ambil alih silat dapat pujian

KOTA KINABALU: Lembaga Sukan Sabah mendapat pujian atas usahanya mengambil alih persiapan acara silat untuk sementara semata-mata bagi mengelak aib selepas Persatuan Silat Sabah tidak didaftar semula oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Silat (silat seni/silat olahraga) telah disenaraikan sebagai antara 27 acara sukan di Sukan Malaysia (Sukma) ke-9, dan persiapan pasukan itu mengalami masalah selepas persatuan tersebut tidak didaftar kembali, mengakibatkan Lembaga Sukan tidak ada pilihan selain bertindak selaku penjaga sementara.

Bercakap kepada Sukan New Sabah Times kelmarin, timbalan ketua setiausaha Persekutuan Silat Malaysia (MSF) Baharin Ahmad Ibrahim memuji langkah Lembaga Sukan itu melalui pengurus besarnya Herman Tiongsoh dan timbalannya Mahmood Kalong.

Demi Sukma, keduanya enggan membuang masa selepas persatuan tersebut tidak didaftarkan sebaliknya bertindak segera melalui nasihat kabinet negeri untuk mengambil alih persiapan atlit dan pembentukan jawatankuasa teknikal.
Daripada usaha keras mereka itu, Mahmood yang ditugaskan sebagai orang yang berkuasa menguruskannya, dengan dia dan pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk merancang satu strategi berkesan, dan Baharin mendapat pujian atas usaha mereka yang tidak kenal penat lelah itu.

Mereka berjaya menyusun dan membentuk jawatankuasa teknikal yang agak berkualiti, dimana daripada 37 yang menduduki Sijil Tahap Tiga Kebangsaan (untuk wasit dan juri), 14 calon terbaik dari seluruh negeri lulus dengan cemerlang.
"Tahap mereka, terutama sekali dalam ujian teori dan praktikal agak tinggi dan 14 calonyang kami pilih itu kini layak untuk bertugas dalam pertarungan-pertarungan di Sukma," katanya.

"Anuarkhan Ali Asgarkhan (setiausaha Persatuan Pencak Silat Pulau Pinang) dan saya sendiri yang mengetuai kursus dan peperiksaan tersebut di UMS, turut mendapati ada ramai bakat berpotensi dikalangan pesilat-pesilat itu.

"Kami dapat menyaksikan wasit dan juri yang baru sahaja lulus beraksi ketika pertandingan itu yang mana merupakan sebahagian daripada proses pemilihan dan mendapati mereka berkemampuan untuk mengadili perlawanan di Sukma."

Merujuk kepada Perkampungan Sukan di UMS, Baharin amat berpuas hati dengan kemudahan lengkap dan moden di universiti itu serta yakin atlit dan pegawai yang datang ke Sabah pada Sukma nanti pasti seronok tinggal di sana.

HERMAN (dua dari kanan) dan Mahmood (dua dari kiri) bergambar bersama jawatankuasa teknikal Sukma yang baru dipilih untuk menguruskan acara silat.