|
KOTA
KINABALU: (5th. Jan. 2002) Hujan yang sering turun di
Pantai Barat sejak lebih kurang dua bulan kebelakangan
ini mengganggu dan memperlahankan kerja-kerja menaik taraf
dan membaik pulih venue-vanue Sukan Malaysia di sekitar
kawasan Kompleks Sukan Likas.
Walaupun terganggu oleh hujan, syarikat yang menguruskan
kerja-kerja tersebut Demirama Sdn Bhd, bagaimanapun cuba
sebaik mungkin untuk membiasakan dengan situasi tersebut
sebagai usaha tidak mengalami tangguhan berterusan dengan
membuat kerja lebih masa untuk menepati tarikh akhir pada
hujung Jun ini.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Yahya Hussin
yang menunjukkan keprihatinannya mengenai perkara ini,
tidak menghiraukan hujan yang turun untuk membuat pemeriksaan
ke venue-venue tersebut kelmarin, dengan ditemani oleh
pembantunya Datuk Hj. Sapawi Hj.Ahmad, setiausaha tetap
Datuk Noni Said dan jurutera-jurutera senior Jabatan Kerja
Raya.
Bercakap kepada media selepas lawatan hampir dua jam
itu dengan berjalan kaki ke semua venue, menteri itu berpuas
hati dengan alasan dan taklimat yang diberikan kepadanya
oleh Kontraktor Utama Andrew Shim dan jurutera JKR Goh
Peck Tee.
Katanya, walaupun pada awalnya agak bimbang dengan hujan
yang berterusan sejak beberapa bulan lepas, dia berpuas
hati selepas melihat sendiri kerja-kerja yang dijalankan
di venue-vanue sekitar Kompleks Sukan Likas itu dan turut
lega dengan taklimat mengenai perkembangannya yang diberikan
oleh pegawai-pegawai terlibat.
Menteri itu membawa hampir semua yang ada untuk mengikutinya
meredah hujan dan melompat untuk mengelak dari takungan
air ketika perjalanan dalam usahanya untuk melihat kerja-kerja
dijalankan di semua venue tersebut, antaranya seperti
dewan tertutup berbagai guna, pusat kesihatan (gimnasium),
gelanggang tenis, lapangan boling padang, kolam renang
dan terjunan, bahagian tempat duduk utama Stadium Likas
dan trek olahraga.
Ketika ditanya, Yahya mengakui terdapat penangguhan sementara
terutamanya kerja membaiki semua keseluruhan kolam renang
akibat hujan, dan selain dari itu, segalanya nampak berjalan
seperti yang dijadualkan.
"Saya yakin pelengkapan menyeluruh di kesemua venue
di Kompleks Sukan Likas dan venue-venue di luarnya akan
sedia seperti yang dijangkakan antara Mei hingga akhir
Jun, kerana saya telah melihat lampu limpah di gelanggang
tenis, lapangan boling padang dan padang hoki sudahpun
dipasang," katanya.
"Terdapat juga peningkatan baik dari segi perkembangan
kerja-kerja berbanding lawatan yang saya adakan sebelum
ini beberapa bulan lepas, dan keputusan kontraktor untuk
menggesa pekerjanya melakukan kerja lebih masa, juga merupakan
satu langkah yang amat baik.
"Saya faham kerja-kerja terpaksa diberhentikan sekiranya
hujan turun dengan lebat dan berharap ini tidak akan berterusan
agar tidak menggangu kerja, bagaimanapun setakat ini,
saya gembira menyaksikan kesemua kerja pembinaan dan asas
telah
disiapkan."
Ketika ditanya mengenai pembinaan lapang menembak terbuka
dan tertutup yang baru di Lok Kawi, Yahya menambah, perkara
ini juga sedang dijalankan seperti yang dirancang dimana
masalah tanah telah diselesaikan dan kerja-kerja tinjauan
telah dilakukan. Tidak lama lagi kerja pembinaan akan
dimulakan tanpa sebarang penangguhan untuk membolehkan
venue itu sedia pada masanya.
Merujuk kepada persiapan atlet, menteri itu menjelaskan
dia gembira mendapati kesemua pelatih Sukma giat mengadakan
latihan dengan program latihan masing-masing.
Katanya, Lembaga Sukan Sabah akan meminta setiap pelatih
Sukma yang dikenal pasti atau sudahpun dipilih untuk menghadiri
kem latihan pusat intensif negeri sekitar Februari ini,
dimana kem dijangka akan diadakan selama dua hingga tiga
minggu.
Awal sebelum itu, Yahya diberi taklimat oleh Goh kesemua
kerja membaik pulih dan menaik taraf di venue-venue tersebut
termasuklah tempat duduk tiga tingkat bahagian sayap barat
di Stadium Likas adalah lebih cepat dari yang dijadualkan.
Pihak kontraktor mencuba sebaik mungkin dengan menggesa
lebih 800 pekerjanya membuat kerja lebih masa, terutamanya
di kawasan seperti kolam renang, tempat duduk, gelanggang
tenis dan lapangan boling padang.
Arkitel
dibekalkan Daripada New Sabah Times
|