KOTA
KINABALU: (25th. Jan. 2002) Persatuan Renang Amatur Sabah
(Sasa) memerlukan masa untuk membuat laporan penuh berkenaan
senarai perenang yang dipilih untuk Sukan Malaysia September
ini, berdasarkan pencapaian cemerlang mereka pada Kejohanan
Peringkat Umur Sabah yang baru berakhir di Sandakan.
Keseluruhannya, seramai 12 pelatih (lima di Kota Kinabalu
dan tujuh di Sandakan) menunjukkan persembahan baik melebihi
jangkaan apabila memecahkan sebanyak 32 dari 49 rekod
kejohanan selain tiga rekod peringkat umur kebangsaan.
Jackson Hong yang tidak bertanding pada kejohanan ini
mungkin digugurkan manakala dua lagi perenang lain akan
dipertimbangkan untuk Sekolah Sukan Penawar di Johor Marellyn
Liew dan Leung Chii Lin mungkin akan dipilih.
Dalam satu temubual dengan Sukan New Sabah Times kelmarin,
Presiden Sasa Ronny Cham menjelaskan mereka memerlukan
sekurang-kurangnya dua minggu untuk menyiapkan senarai
akhir sebelum menyerahkan kepada Lembaga Sukan Sabah.
Merujuk kepada Jackson, Cham berkata, mereka akan memanggil
perenang itu dan cuba mengetahui apakah rancangannya sebelum
membuat sebarang keputusan untuk menggugurkannya.
"Mengenai Chii Lin pula dia memberikan persembahan
hebat sepanjang kejohanan itu untuk meraih 10 pingat emas
perseorangan dalam kategori Kumpulan 3, dan dia seharusnya
dipertimbangkan walaupun usianya masih muda dimana kami
berhasrat menyenaraikannya dalam acara rampaian perempuan,"
katanya.
Perenang itu, dianggap sebagai 'Nurul Huda Abdullah' akan
datang selepas muncul perenang berusia 10 tahun pertama
melakukan catatan masa 1:06:78s dalam acara gaya bebas
100m dan sebagai perenang semua acara, dia tampak bakal
muncul harapan Sabah dalam tempoh beberapa tahun akan
datang.
Bercakap mengenai Marellyn yang meraih 10 pingat emas
dan 6 perak, Cham berkata, Sasa mungkin menyenaraikannya
dalam skuad Sukma berdasarkan pencapaian cemerlangnya
(memecahkan satu rekod peringkat umur kebangsaan) kepada
Lembaga Sukan.
Bagaimanapun, dia memberitahu perenang itu berada di bawah
Majlis Sukan Sekolah Kebangsaan (MSSN) buat ketika ini
dan Sasa tidak mempunyai kuasa keatasnya untuk mewakili
Sabah pada Sukma, dan dia akan meminta Lembaga Sukan untuk
membantu mereka mendapatkan khidmat Marellyn.
"Kenyataan sebenarnya, Marellyn telah disenarikan
dibawah senarai latihan Sukma selepas Kejohanan Peringkat
Umur Sabah sebelum dia dianugerahkan biasiswa oleh MSSN
untuk belajar dan dilatih di Sekolah Sukan Penawar di
Johor, dia telah berada di sana sejak tahun lalu,"
katanya.
"Dia
juga memberikan persembahan cemerlang pada kejohanan itu
dan kami akan meminta Lembaga Sukan menulis kepada MSSN
memaklumkan mereka mengenai hasrat kami untuk mendapatkan
khidmatnya bagi menghadapi Sukma, walaupun dia berasal
dari Sabah tetapi kami perlu mengikut prosedur."
Sukan New Sabah Times difahamkan beberapa ibu bapa tidak
gembira mengenai Sasa membuat senarai perenang Sukma,
di mana ibu bapa Marellyn turut mempertikaikan keadilan
Sasa dalam pemilihannya berikutan pencapaian emas perenang
itu dalam kejohanan tersebut, dengan menewaskan beberapa
pelatih Sukma sepanjang pertandingan itu.
Lain-lain perenang yang ketika ini berada di Sekolah
Penawar ialah Clement Leong, Siti Fennie Selamat dan Hiew
Shu Yin yang tidak bertanding pada kejohanan baru-baru
ini, yang bertindak sebagai medan penilaian Sasa untuk
Sukma. Cham juga menjelaskan perenang seperti Liaw Hing
Ting, Yvonne Teo, Chong Wai Kit dan Leung Chii Wen yang
pada mulanya disenaraikan untuk pasukan latihan Sukma
pada 2001, sama ada memilih untuk menarik diri atau digugurkan,
manakala Chii Wen memutuskan untuk memberi tumpuan kepada
pelajarannya.
Perenang yang disenaraikan ketika ini ialah juara seperti
John Cham, Jeremy Er, Leung Jiun Shyiang, Wong Shun Jie,
Loh Chee Sing, Tony Lau dan Chiu Lai Kwan yang kesemuanya
berada di bawah bimbingan jurulatih China Tian Kui Hua
di Sandakan.
Selebihnya yang berada di bawah pengawasan Tie Mee Kiong
di sini ialah Jimmy Wong, Claudia Leow, Allain Pung, Josie
Fabian dan Chong Wai Kit, dengan penerjun yang bertukar
kepada perenang Jimmy, dianggap sebagai pertaruhan terbaik
Sabah untuk memenangi pingat emas dalam acara gaya bebas.
Arkitel
dibekalkan Daripada New Sabah Times