7 Januari 2009
 

 

 
 
Muat-Turunkan Majalah Gemilang dalam Format Acrobat (1.85 meg)
 
     
 
  Majalah Gemilang Edisi Satu

Disiplin Baru - Judo, Lawan Pedang Di Sukma IX Sabah



Seni mempertahankan diri Judo dan Lawan Pedang membuat kemunculan pertama untuk dimasukkan dalam Sukan Malaysia ke-IX, apabila permintaan tuan rumah Sabah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Sukma Kebangsaan. Persiapan peserta Sabah untuk Judo dan Lawan Pedang ini amat baik sekali. Persatuan Judo Sabah (SIA) dan Persatuan Lawan Pedang Sabah (SFA) telah bertungkus lumus dan berusaha bersunguh-singguh apabila Jawatankuasa Penganjur sukma Negeri membuat pengumuman penyenaraian sukan itu. Sabah mengharapkan sinar dari dua disiplin sukan baru ini dengan menyumbangkan pingat di gelanggang sendiri. Atlet0atlet dan juga para pegawai, pengurus dan jurulatih telah melakukan kerja keras untuk melakukan persiapan pasukan. Kedua-dua persatuan sukan ini telah mendapat pujian dari penganjur kerana daya usaha mereka mendapatkan jurulatih asing untuk membantu para atlet mereka untuk kejohanan yang mencabar ini. Mereka masing-masing mendapatkan jurulatih asing untuk membantu atlet mereka menjalani latihan melalui kerjasama rapat yang diberikan oleh badan kebangsaan dan juga rakan mereka di luar negeri. Para atlet yang terbabit kini bersunguh-sungguh untuk membuktikan keupayaan mereka untuk tidak menghampakan kontinjen Sabah dan juga Kerajaan Negeri.


<<< | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | >>>