6 Januari 2009
 

 

 
 
Muat-Turunkan Majalah Gemilang dalam Format Acrobat (1.85 meg)
 
     
 
  Majalah Gemilang Edisi Satu

Latar Belakang Sukan Malaysia (SUKMA)

Sukan Malaysia atau lebih dikenali lagi secara ringkasnya sebagai SUKMA adalah satu acara sukan kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan University Malaysia, Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.

"Sukan Malaysia" adalah bermaksud satu pertandingan yang merangkumi beraneka jenis sukan (multi-sports event) yang dipertandingkan antara negeri-negeri di Malaysia. Ia juga berkonsepkan Mini Sukan Olimpik di Malaysia yang melibatkan atlet remaja dan akan diadakan setiap dua tahun secara berselang-seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia Pertama berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1986.

Objektif Sukma
Temasya Sukan Malaysia adalah merupakan sukan yang berprestij, yang membantu mencungkil bakat-bakat baru bagi atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah menggalakkan penglibatan secara keseluruhan dalam sukan yang dipertandingkan.

Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringjkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan.

Menggalakkan/merangsang dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti Jurulatih, Pegawai-pegawai Teknikal dan pentadbir-pentadbir sukan.

Merancakkan lagi pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih serta menaiktaraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah.

Dijadikan sebagai asas pemilih atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat Antarabangsa di masa hadapan. Sebagai usaha untuk meningkatkan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.

<<< | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | >>>