6 Januari 2009
 

 

 
 
Muat-Turunkan Majalah Gemilang dalam Format Acrobat (1.85 meg)
 
     
 
  Majalah Gemilang Edisi Satu




Bayau Temui VIP Pada Pelancaran Rasmi Imej Korporat, Logo dan Lagu Tema Sukma Edisi Ke-9

Satu lagi sejarah tercipata apabila maskot, imej korporat dan lagu tema Sukma edisi ke-9 dilancarkan pada 3 Mac di Padang Merdeka.

Untuk menjadikannya lebih bermakna, upacara pelancaran itu yang disaksikan beribu-ribu rakyat tempatan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Persekutuan Datuk Hishammuddin Tun Hussein diselangi persembahan kebudayaan Sabah serta pelajar Sekolah. Buat kali pertama maskot sukan itu - kera bengkatan yang diberi nama Bayau (bererti kawan dalam bahasa Bajau) diperkenalkan kepada orang ramai dan serta-merta menjadi popular di kalangan kanak-kanak.

Spesis unik kera ini biasanaya ditemui di habitat utamanya iaitu daerah Kinabatangan dan di sepanjang tebing sungai terpanjang, sungai Kinabatangan di Sukau.

Kera ini akhirnya dipilih dan dinamakan sebagai maskot rasmi Sukma ke-9. Pada majlis tersebut, Hishammuddin turut melancarkan logo, imej korporat, lagu tema dan laman web temasnya sukan itu.

Menjadikan majlis malam itu lebih menarik dan meriah pertunjukkan bunga api turut diadakan selama setengah jam untuk menggembirakan mereka yang hadir.

Monyet Proboscis-Maskot Sukma Sabah
BUkan asing kepada Borneo, kera bengkatan, atau dikenali sebagai orang Belanda Borneo berbeza dengan binatang-binatang lain di hutan ini. Mereka memiliki hidung yang unik (hidung panjang kera jantan bergantung diatas mulut manakala betina pula sebaliknya), perut yang besar serta ekor putih yang panjang.

Sekiranya sesuatu kawasan itu didiami oleh kera-kera bengaktan, anda kemungkinan akan mendengar bunyi riuh mereka terlebih dahulu sebelum melihatnya. Kumpulan kecil sekalipun boleh menghasilkan bunyi riuh rendah yang kuat untuk memanggil antara satu sama lain, bergayut dari satu pokok ke pokok lain dan adakalanya sehingga terjun ke sungai. Kera bengkatan adalah spesis yang terancam.

Mereka hanya ditemui di Borneo dan selera mereka tertumpu kepada daun-daun, bunga dan biji benih sayuran yang hanya terdapat di kawasan sungai dan paya-paya hutan berkenaan. Ancamaan utama hidupan ini ialah kemusnahan kediaman mereka. Jumlahnya yang dicatatkan di seluruh daerah Kinabatangan dianggarkan sekitar 900, yang mana jauh lebih rendah dari kajian yang dibuat sekitar tahun 60an.

Kera bengkatan memiliki bentuk sosial yang fleksibel tetapi mereka sering bergerak dalam kumpulan dan harem. Satu harem akan memiliki seekor kera yang dominan, dan kera betina yang mencecah sembilan ekor termasuklah anak mereka. Kumpulan, sementara itu terdiri dari "beruk-beruk jantan yang tidak membiaki, yang adakalanya meninggal

 

<<< | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | >>>