|
31
Januari 1994
Perhimpunan Bersama Rakyat memeterai janji keramat;
akan terbinalah sebuah Universiti di Sabah. Janji
menjadi mimpi yang bakal direalisasi, bagi menjana
tenaga pencetus ekonomi, sosio-politik, dan memajukan
pendidikan Kebudayaan dan Keintelektualan.
24
November 1994
Universiti Malaysia Sabah dengan rasminya ditubuhkan,
sebagain universiti kesembilan dan yang termuda di
Malaysia. Dengan rasminya juga Profesor Dato' Dr.
Abu Hassan bin Othman yang dilantik sebagai Naib Canselor
designat pada 1 September 1994 diamanatkan untuk terus
berusaha membina UMS
28
November 1996
YAB Perdana Menteri menyempurnakan upacara pecah tanah
kampus tetap UMS dalam satu upacara yang gilang gemilang,
sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan
infrastruktur intelektual kepada rakyat jelatanya.
19
Mei 2000
UMS beroperasi sepenuhnya di kampus Tetap. Teraju
pimpinan UMS ditempatkan di "Wisma Kembar"
dan sejumlah besar pelajar menghuni empat kolej kediaman
yang siap terbina, manakala kesemua sekolah, insitut
dan unit beroperasi dari lima wisma akademik yang
tersergam indah.
19
September 2000
Detik paling bersejarah bagi UMS. YAB Perdana Menteri
mengisytiharkan persamian kampus Universiti Malaysia
Sabah. Janji yang dibuat pada 31 Januari 1994 tertunai
sudah, dan pusat pencanai minda berdiri megah sebagai
manifestasi pencapaian aspirasi pemimpin dan rakyat.
|