Selamat
datang ke Sabah yang dikenali sebagai 'Bumi di Bawah
Bay'. Inilah kata-kata yang diucapkan oleh semua rakyat
Malaysia di Sabah kepada setiap peserta yang datang
ke sini untuk Sukma, dijadualkan pada 5 hingga 14 Sept.
di Kota Kinabalu. Sebagai kejohanan sukan terbesar yang
akan diadakan di sini pada alaf baru uni, dan dianjurkan
onleh Sabah buat pertama kalinya, penganjur berazam
dan berjanji menjadikan kejohanan ini yang terbaik dan
lebih bermakna untuk dikenang oleh semua.
Adalah
diharapkan melalui kerja keras Kerajaan Negeri dan
Persekutuandalam menganjurkan edisi ke-9 Sukma di
Sabah, setiap petugas dan atlit perlu menunjukkan
semangat kesukanan sebaner agar suasana muhibah dan
persahabatan dalam sukan ini dapat dihormati. Selaku
pengajur, Sabah akan berusaha sebaik mungkin untuk
memberikan yang terbaik kepada semua dan dalam masa
yang sama dapat membantu mencungkil seramai mungkin
atlit-atlit baru yang berbakat untuk mewakilinegara.
Sabah,
terletak di bahagian utara timur Kepulauan Borneo
di Timur Malaysia, ialah negeri berbukit bakau terbesar
dengan hutan hujan tropikal yang luas, pesisir laut
yang panjang dengan pantai-pantainya yang memutih
selain terumbu karang dan hidupan laut primitif di
pulau-pulau berdekatan, hanya beberapa minit perjalanan
menggunakan bot dari pusat bandar. Dikenali dengan
keramahan mereka, penduduk Sabah terdiri dari 32 suku
kaum, masing-masing dengan pakaian, tradisi, kebudayaan
dan perayaan masing-masing.
Ringkasnya
meraka yan akan menjejakkan kali buat kali pertama
di Kota Kinabalu, Sabah adalah syurga buat pengembara,
pencinta alam semulajadi, pengkaji tumbuh-tumbuhan,
penggemar burung, penyelam, pendaki gunung atau sesiapa
sahaja, Sabah adalah satu percutiaan dengan kelainan.
Kota Kinabalu, di mana 99 peratus acara sukan Sukma
akan dilangsungkan, baru sahaja memperolehi status
bandarayanya dua tahun lalu.
Sepertimana
bandar lain ia berkembang dengan pesat dan dipenuhi
orang ramai, pelancong dan pelawat terutama sekali
di semua pusat membeli belah utamanya, hanyabeberapa
minit perjalanan menggunakan kereta atau menupang
teksi dari sebuah ke sebuah kompleks membli-belah
yang lain. Dikenali sebagain KK oleh penduduk tempatan,
bandar ini merupakan gerbang laluan ke seluruh Sabah,
dan ia merupakan sebuah bandar yang menawan, bersebelahan
dengan laut dan menawarkan gabungan kosmopolitan hotel-hotel
dan restoran bertaraf dunia.
Tanjung
Aru terletak hanya 6km dari pusat bandar dengan pantainya
yang memutih, terkenal dikalangan pengunjung luar
selain rakayat tempatan untuk bersiar-siar bersame
kelurga atau menghabiskan masa menyaksikan matahari
terbenam di waktu senja. Terkenal dengan pesisir pantainya
yang cantik, pilihan utama untuk mendi-manda, menluncur
angin dan kapal layar. Untuk pelayar yang bertanding
dalam pertandingan optimist di Sukma, Pantai Tanjung
Aru akan menjadi medan persaingan mereka. Rumah kelab
milik penganjur, Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC)
dimana ia bertindak sebagai pejabat acara tersebut,
turut terletak di pantai itu.
Bagi
pemain golf, venue Sukma ialah di lapang 18 lubang
tertua - Lapang Robart Muir Graves Signature Sabah
Golf & Country CLub (SGCC). Terletak berhampiran
Kota Kinabalu. Lapangan itu merupakan padang pertandingan
yang mencabar yang diubah suai cantik dari kawasan
hutan sederhana dan bekas estet getah. Ia semakin
matang dalam tempoh dua dekad terakhir uni untuk menjadi
salah sebuah lapangan paling sukar di Asia Tenggara.
Permukaannya yang berbukit-bukit dan kolam-kolam air
yang besar selain angin yang bertiuop agak kuat di
beberapa lubang tertentu memberikan halangan mencabar
dan tidak berkesudahan yang menanti pemain golf Sukma.
Bot-bot
laju sentiasa ada untuk mereka yang ingin mengunjungi
mana-mana pulau yang indah dan menakjuban di bawah
Taman-taman Sabah, dimana ia hanya mengambil masa
kurang dari 15 hingga 20 minit menaiki bot untuk ke
pulau-pulau tersebut. Meliputi kawasan seluas 74,
500 km persegi, Sabah dalah bumi bertuah, dengan Laut
China Selatan di sebelah barat dan Laut Sulu serta
Laut Celebes di sebelah timur. Cuacanya panas sepanjang
tahun dengan suhu 25 darjah celsius. Selain Melayu,
Cina dan Kadazan-Dusun, terdapat lebih 30 suku kaum
di Sabah. Kaum Kadazan-Dusun yang kebanyakkannya tinggal
di pedalaman yang membentuk satu pertiga jumlah penduduk
negeri ini.
Kaum
Murut biasanya ditemui di daerah man berdekatan Sarawak
dan Kalimantan, manakala suku Bajau, dikenali sebagai
Koboi Timur, terkenal dengan kemahiran mereka menunggang
kuda.
Sabah
adalah antara kediamana hidupan liar di dunia yang
paling berharga. Tempat Perlindungan hidupan liar
Kinabatangan yang terletak di utara timur Sabah, adalah
kawasan hutan terluas yang diliputi tanah lanar akibat
hakisan banjir. Hidupan liar berleluasa di sini dengan
kera-kera bengkatan yang terancam menjadikan habitat
kekal mereka. Spesis kera jenis ini adalah maskot
rasmi Sukma.
Diharap
semua peserta akan menikmati kunjungan mereka ke KK
dan menjadikannya sebab utama untuk kembali, kali
ini bukan untuk sukan tetapi lebih kepada pelancong
dan dengan lebih banyak masa untuk dihabiskan, berbagai
tempat-tempat dan destinasi menarik unutk percutian
keluarga.
|