Perutusan
Datuk Yahya Hussin
YB Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah
Bersyukur saya ke hadrat Allah swt, kerana berkat
limpah kurnia-Nya, saya berkesempatan dan diberi penghormatan
untuk mengutarakan beberapa rangkap kata-kata di dalam
Buletin SUKMA IX, Sabah 2002.
Syabas
juga saya ucapkan kepada Urusetia Buletin SUKMA IX,
kerana usaha gigih yang membolehkan penerbitan Buletin
SUKMA IX, Sabah 2002 ini menjadi satu kenyataan.
Selaku
tuan rumah kepada SUKMA IX, tahun 2002, adalah menjadi
tanggunjawab Negeri Sabah untuk mengelola SUKMA kali
ini dengan licin dan teratur. Di samping memenuhi
keperluan-keperluan sesuatu kejohananëmulti-sportí
bertaraf kebangsaan dan dianggap ramai sebagai ëmini
sukan Olimpik bagi Negara Malaysia.
Oleh
itu, saya mengalu-alukan usaha untuk menerbitkan Buletin
SUKMA IX, Sabah 2002, bagi edisi yang pertama. Pada
saya, usaha ini bukan sahaja sebagai petanda bahawa
semua warga Sabah perlu mempersiapkan diri samada
aspek fizikal, mental dan emosi.
Pelancaran
Logo, Maskot, Lagu, Tema, Imej Korporat dan Laman
Web SUKMA IX, Sabah 2002, di Padang Merdeka Kota Kinabalu,
membukitkan bahawa kita sudah bersedia untuk mengelolakan
penganjuran SUKMA IX, Sabah 2002, dengan penuh gemilangnya.
Keberlangsungan kejohanan ini akan menuntut pengorbanan
masa dan tenaga.
Pastikan
Sukam Malaysia ke-9 adalah terbaik di Negeri Sabah.
Sekian,
YB Datuk Haji Yahya Haji Hussin.
|