Perutusan
Datuk Chong Kah Kiat
YAB Ketua
Menteri Sabah
Tarikh 5 hingga 14 September 2002, adalah detik keramat
bagi Negeri Sabah apabila berlangsung-nya temasya
Sukma Malay-sia bagi kali yangke-Sembilan. Negeri
Sabah selaku"Tuan Rumah" perlu membuktikan
kecemerlangan, bukan sahaja yang terbaik dalam sejarahpengelolaan,
tetapi juga daripada aspek prestasi dan pencapaian
atlet-atletnya. Oleh hal yang demikian, semua pihak
perlu mengemblengkan usaha dan tenaga agar hasrat
yang diidamkan ini akan menjadi kenyataan.
Syabas
diucapkan kepada usaha penerbitan Buletin SUKMA IX,
Sabah 2002. Saya berharap penerbitan Buletin ini akan
membantu di dalam usaha membuat promosi dan publisiti
kepada semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja dalam
negara tetapi juga dari negara luar, khususnya Negara
Brunei Darussalam dan Wilayah Utara Australia. Saya
berharap segala maklumat yang akan dimuatkan dalam
pengisian Buletin ini, bukan sahaja bertujuan memberikan
maklumat-maklumat berkenaan SUKMA IX, Sabah 2002,
tetapi juga mampu menarik minat pelancong dan keunikkan
alam semula jadi di samping penduduk yang berbilang
kaum mampu memberikan satu kenangan manis yang tidak
dapat dilupakan.
Tema
"Keluarga Bercuti Di Sabah" boleh memberikan
satu ruang keceriaan kepada pengunjung, kerana selain
daripada acara kejohanan yang dianjurkan, banyak lagi
aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan
mengunjungi tempat-tempat menarik yang terdapat di
Negeri Sabah.
Terima kashi juga diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan
Malaysia, kerana memberikan penuh kepercayaan kepada
Negeri Sabah menganjurkan temasya Sukan Malaysia pada
kali ini. Negeri Sabah berjanji akan memberikan satu
persembahan yang terbaik sesuai dengan tema yang dipilih
iaitu "Gemilang Di Alaf Baru".
Sekian,
YAB Datuk Chong Kah Kiat.
|