a) Menyediakan sejumlah pingat-pingat kemenangan dan
cenderamata iringan yang secukupnya untuk kesemua acarayang
dipertandingkan di dalam kejohanan SUKMA.
b) Menyediakan pakaian yang lengkap bagi semua Ahli
Jawatankuasa Tertinggi serta jawatankuasa-jawatankuasa
yang lain.
c) Menyediakan cenderamata-cenderamata yang secukupnya
untuk atlet-atlet lain.
d) Menyediakan petugas-petugas secukupnya untuk Majlis
Penyampaian Hadiah dan Cenderamata di tempat-tempat
pertandingan.
e) Merancang dan mengurus upacara kemenangan bagi semua
sukan yang dipertandingkan.
f) Mengurus 'merchandising' cenderamata untuk Sukan
Malaysia.
g) Menyelaraskan mana-mana para jemputan VVIP/VIP yang
bakal dijemput untuk menyampaikan hadiah.
h) Merancang dan memastikan setiap upacara menyampaikan
hadiah dijalankan dengan teratur dan berkesan supaya
dapat menarik orang ramai untuk bersama-sama menyertai
SUKMA IX, Tahun 2002
i) Menyediakan keperluan peruntukan kewangan untuk
Jawatankuasa
j) Lain-lain tugas yang relaven yang dikenal pasti
dari semasa ke semasa semi untuk melicinkan perjalanan
Jawatankuasa.
|