Assalamualikum wbh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang
ke Sabah Negeri di Bawah Bayu kepada semua Pegawai dan
Atlit yang terbabit dalam Kejohanan Sukan Malaysia ke
IX ini.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Sajian adalah menjadi harapan
kami agar anda akan dapat menikmati sajian yang lazat
dan menyihatkan sepanjang anda berada di negeri Sabah.
Sejak awal lagi, kesihatan dan kebersihan sajian juga
telah menjadi agenda utama Jawatankuasa Sajian dan bagi
mengelakkan kebosanan kami juga telah cuba mempelbagaikan
sajian anda berdasarkan kepada citarasa Malaysia dan Barat.
Oleh itu adalah menjadi harapan kami agar penyajian yang
bakal anda nikmati kelak mencapai tahap kepuasan anda
selaku tetamu ke negeri ini.
Sehubungan dengan itu, sudikan membaca Risalah Panduan
ini untuk rujukan anda dan sekiranya anda memerlukan sebarang
maklumat atau bantuan, mohon berhubung kepada mana-mana
Petugas Jawatankuasa Sajian yang ditugaskan di tempat
perkampungan anda . Akhir sekali Selamat Menjamu Selera
dan Selamat Berjaya.
(Kol. Datuk Haji Abdul Ghani Bin Haji Abdul Rashid)
Mayor Bandaraya
Merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Sajian SUKMA IX
<<
mukasurat sebelumnya
|