a) Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Penganjur.
b) Bekerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan dan
Majlis Sukan Negara dalam menyediakan persatuan pertandingan
bagi semua jenis sukan dalam "Sukan Malaysia".
c) Menyediakan dan menentukan tempat pertandingan sesuai
dan mengikut peraturan bagi semua jenis sukan.
d) Mengadakan dan menentukan semua peralatan yang diperlukan
adalah sesuai dan mengikut peraturan pertandingan bagi
semua jenis sukan.
e) Menyediakan dan menentukan jadual pertandingan bagi
semua jenis sukan.
f) Menyediakan dan mengesahkan semua keputusan pertandingan.
g) Melantik pengadil, empayer dan pengerusi pertandingan
yang diperlukan.
h) Menyediakan buku keputusan rasmi keseluruhan semua
pertandingan selepas tamat "Sukan Malaysia"
i) Bekerjasama dengan persatuan sukan kebangsaan yang
berkenaan dalam kelicinan pengelolaan dan perjalanan
pertandingan-pertandingan.
j) Menubuhkan "Juri Rayuan" bagi semua jenis
sukan dalam
"Sukan Malaysia".
k) Bertanggungjawab dalam semua perkara-perkara teknikal
terlibat dengan pengelolaan dan pertandingan dalam "Sukan
Malaysia".
l) Mengurus dan mengesahkan penyertaan pegawai dan
atlit semua pasukan bagi semua jenis sukan.
m) Menyediakan keperluan peruntukan Jawatankuasa.
n) Lain-lain tugas yang relevan yang dikenal pasti
dari semasa ke semasa bagi melicinkan lagi pelaksanaan
Jawatankuasa ini.
|