7 Februari 2012
 

 

 
     
 
  Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SUKMA 2002

SUKMA adalah satu temasya sukan berprestij yang mempunyai tujuan utama mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam sukan negara yang seterusnya akan dibimbing dengan harapan, mereka akan menyerlah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa suatu hari nanti.

Adalah satu perkara yang membanggakan bagi Negeri Sabah yang telah melahirkan ramai atlet berwibawa, menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke IX yang akan di adakan dari 5hb. September sehingga 14hb. September 2002 di Sabah.


Harapan kami, dengan ketetapan mengadakan SUKMA 2002 yang pertama di alaf baru ini di Sabah, merupakan detik bersejarah dan haruslah dijadikan satu amanah, untuk menjana pembangunan sukan untuk jangkamasa yang jauh ke hadapan.


Semoga dengan adanya Laman Rasmi ini, kami dapat memberikan maklumat seperti berita yang terkini mengenai SUKMA 2002. Maklumat mengenai jadual, acara, atlet dan pasukan SUKMA 2002, sejarah SUKMA dan lain-lain maklumat penting juga boleh didapati melalui Laman Rasmi ini. Quiz mengenai SUKMA dan Kelab Peminat juga disediakan untuk peminat-peminat SUKMA.

Kami sentiasa mengalu-alukan cadangan, komen atau sebarang pertanyaan melalui laman maklumbalas di Laman Rasmi ini.

Sokongan anda amat dihargai dengan kesinambungan yang berpanjangan, demi untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami untuk anda.

Sekian, terima kasih!

Datuk Noni Said
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengelolaan SUKMA 2002